Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

MENCAPAI AWAN BIRU

Khamis, 9 Februari 2012

KENAPA RASA CINTA HILANG SELEPAS PERKAHWINAN

Rasa cinta jarang sekali disebut atau di ceritakan selepas kita menempuh alam perkahwinan. Dulu sebelum berkahwin, selalu saya rasakan dengan 'PERKAHWINAN' mampu merealisasikan sesuatu hubungan CINTA. Tapi selepas berkahwin, rasanya tanggapan saya sangat salah.


Kerana CINTA yang beriya-iya kita pertahankan sebelum menjejakkan kaki ke alam perkahwinan sebenarnya tak kekal lama. Rasa CINTA ands seronok itu hilang selepas 3 bulan bergelar suami isteri atau yang paling lama pun selepas setahun ands selepas mempunyai anak. Tak tahulah kemana CINTA SEPARUH MATI itu menghilang. Mungkin bosan, mungkin juga setiap masa dah bersama (maksudnya hidup bersama) membuatkan rasa perihatin, kasih sayang ands cinta itu semakin berkurangan.






Kalau dulu masa bercinta, ke mana saja mahu bersama, mahu berdua.. Kalau boleh, mati pun nak bersama, tapi lepas kahwin rase ingin selalu 'berkepit' tu automatik hilang.. My be ada yang x setuju dengan saya, tapi.. hakikatnya itula sebenarnya yang berlaku. Saya sendiri tak faham, kenapa, bila dan bagaimana rasa CINTA itu hilang. Mungkinkah kerana hakikat bebanan tanggungjawab membuatkan Sang CINTA menghilang atau.. (Hermmss.. x faham arhhgg..) atau juga kebosanan mengadap muka masing-masing yang menyebabkan perasaan CINTA itu pergi.. ( x kan la cam tu pulakkk!!)


Saya tak letakkan punca kesalahan itu hanya pada lelaki kerana ada kalanya perempuan/wanita turut menjadi punca utama HILANGNYA CINTA selepas perkahwinan. Saya juga tidak menyokong hubungan CINTA tanpa PERKAHWINAN yang sangat-sangat salah ands akan mengundang pelbagai pekara buruk dan yang memalukan kelak. Saya cuma meletakkan rasa hairan saya pada insan-insan yang kononya mencintai kita sehabis 'mati', tapi bila dah jadi miliknya, dia tak tahu menhargai masa-masa and's detik-detik yang telah ALLAH berikan secara 'HALAL' untuk me'realisasikan' perasaan cinta itu bersama.


Mungkin antara Si pencinta ada yang tidak faham konsep and's tanggungjawab selepas berlakunya 'PERKAHWINAN' dan ramai yang meramalkan selepas berkahwin, keseronokkan merindu, bimbang, semasa bercinta itu akan berterusan. Sebenarnya, lepas sahaja selesai 'akad nikah', kedua-dua si pecinta telah berhadapan dengan tanggungjawab yang sangat besar yang akan merubah cara, serta konsep hidup yang selama ini digunakan. ( x la, sebenarnyekan, setan-setan yang selalu suruh kite wat maksiat tu dah pergi, sebab tu macam da takder feel jerkk.. huhuhu..) Ermm.. besarkan maknanya..


So.. untuk membuat keputusan berkahwin amatlah sangat-sangat memerlukan   ketahanan emosi, serta kesabaran yang tinggi kerana jika semua itu tiada, tidak mungkin mampu mempertahankan rumahtangga yang di bina atas dasar CINTA itu. Selain kesabaran dan emosi, kepercayaan dan ketelusan dalam menjalani kehidupan berumahtangga sangat perlu dititikberatkan bagi menambah kemanisan dalam menempuh hari-hari dalam perkahwinan.


Uppsss.. Jangan marah...

0 maklumbalas: