Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

MENCAPAI AWAN BIRU

Ahad, 11 Disember 2011

PENYAKIT KENCING MANIS YG KEJAM


Derita seorang pesakit kencing manis, hanya ALLAH saja yang mengetahuinya.. Penyakit ini amat berbahaya dan kalau boleh saya x mau kekawan saya menghidapinya. Kerana saya melihat sendiri bagaimana penyakit ini memamah setiap isi yang ada di kaki ayah saya. Dan demi tuhan, saya x sanggup melihat ayah meratapi kesakitan tiap saaat dan tika.
Penyakit ini mula menyerang pada permukaan luka yang kecil jari kaki ayah dan terus merebak dan terus merebak ke hampir keseluruhan kaki sebelah kiri ayah. Dan kini ayan x mampu lagi berjalan. Simpati melihat keadaan ayah, saya mula meminta ayah terus ke Hospital utk menjalani pembedahan membuang sejumlah kecil jari kaki ayah yang telah hitam. Tapi 'orang tua' kan, dengar je 'POTONG' terus takut and susah hati. Bila pekara sudah membabitkan perasaan serta kemurungan, penyakit ini lebih bermaharajalela. Penyakit ini mengambil kesempatan diatas kesedihan serta rasa rendah diri ayah dan menyebarkan racun kencing manis ketapak kaki ayah pula.


Bermacam cara utk membantu ayah, beri semangat, bawa berubat kampung, berubat di klinik swasta dan bermacam-macam lagi.. Beribu juga abis diatas usaha utk membantu ayah tapi masih begitu juga. Betula kata orang, bila dah sakit..duit yang banyak tidak mampu membantu utk menghilangkan rasa sakit. Waktu begini memang terasa, hanya 'DOA' yang mampu dipanjatkan agar ayah akan sembuh seperti biasa. 'DOA' walaupun free, jarang sekali kita gunakan.. Hermm.. TUHAN..masih lagikah mahu mendengar doa hambamu yang hina ini.. tolonglah bantu ayah, selamatkanlah ayah, pulihkanlah ayah..Tiap saat, itu jerk yang bermain dalam fikiran saya.
Luka dikaki ayah semakin bertambah.. dari 1 jari dah menyangkit sehingga kesemua jari. Setakat hari ini, cuma ibu jari sahaja yang masih elok walaupun kelihatan macam nak menyangkit juga. Antara ubat yang ayah makan, insulin (kencing manis), teh kencing manis, Jeli Gamat, Ubat Kencing Manis (klinik), Herba Kencing Manis, Ubat-ubatan Gano  Derma (DXN), dan bermacam-macam lagi. Antara rawatan untuk mengubati luka kaki ayah pula, Infared (kaki), Jeli Gamat(Sapu), Teh Kencing Manis (Sapu), Herba Cream, Herba Serbuk dan bermacam-macam lagi.Tapi masih kelihatan tdk ada kurangnya.
Tak tahan lihat ayah yang sentiasa dalam kesakitan, siang dan malam menahan rasa bisa. Kadang-kadang bila dah tak tahan, bawa ayah ke klinik dan ambil suntikan. Tapi itu untuk meredakan dalam setangah hari sahaja rasa bisa ayah. Tiada senyuman lagi dibibir ayah sejak ayah sakit ni. Risau kehilangan ayah dan belum puas merasa kasih sayang ayah lagi. Tuhan, berilah peluang pada ayah lagi. Berila peluang utk kami terus menjaga dan berbakti pada ayah. Ampunkanla segala dosa-dosa ayah, ringankanla bebanan dugaan MU ini YA ALLAH.


Sehingga ke hari ini, keadaan ayah masih belum baik. Kekawan yang membaca blog ini, doakanla utk ayah saya. Agar hidup kami sekeluarga kan ceria seperti dulu dan ayah mampu menjalani kehidupannya dengan gembira dan ceria.


TERIMA KASIH SEMUA...

















2 maklumbalas:

Shahiddan Mazlan berkata...

Assalamualaikum wth, saya faham apa yang ayah awak hadapi. Kita sendiri tak sanggup tengok. Sebenarnya, saya ada cara elakkan kaki dipotong. Janji awak tak putus asa sbb saya ada byk kes kencing manis tak jadi potong dan sembuh. Itu pun jika ayah awak berminat. Lawati blog saya, http://senangnakelok.blogspot.com. Saya akan masukkan testimoni pesakit seperti ayah awak hidapi tapi telah sembuh sepenuhnya. Please jgn putus harapan. Insyaallah, kita usaha utk ayah awak.

Tanpa Nama berkata...

salam,
Saya cadangkan untuk abang ni berubat dengan Arabic Gum hubungi facebook arabic gum Marwan