Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

MENCAPAI AWAN BIRU

Khamis, 9 Februari 2012

BENARKAH DUGAAN ITU TANDA ALLAH SAYANGKAN KITA?

Dugaan yang hadir dalam hidup kita tak pernah berhenti. Sentiasa datang dan pergi. Tapi, terkadang dugaan yang datang bertimpa-timpa. Membuat kita merasa tertekan dan hilang pertimbangan. Tak tahu mana satu yang nak di dahulukan.

Belum sihat lagi ayah yang baru lepas menjalani pembedahan membuang kaki sehingga ke paras bawah lutut. Doktor Pakar dari Hospital Besar Melaka mengesahkan LUKA di KAKI AYAH tak menunjukkan respon untuk pulih dengan baik. Haii la Ya Allah.. apa lagi lah ayang akan belaku setelah ujian-ujian yang telah kau berikan buat Ayah selama ini. Ampunilah dosa-dosa Ayah selama ini dan ringankan lah bebanan dugaan yang menimpanya.
ayah sedang menjalani terapi sonotron
Belum selesai hal ayah., adik lelaki saya pula ditimpa kemalangan sehingga menyebabkan jari kakinya hampir putus. Takut dengan keadaan adik, kami sekeluarga cuba sembunyikan hal itu dari pengetahuan ayah, bimbang kesihatan ayah akan terganggu bila dengar berita mengenai adik. Tapi hati seorang ayahkan, walau tak diberitahu, dia dapat menghidu dari gerak hatinya. Tapi dapat juga kami tenangkan hati ayah. Adik kebetulan terbabit dengan kemalangan sehari sebelum hari dia perlu hadirkan diri ke temuduga jawatan Pembantu Am Pejabat di salah sebuah Anak Syarikat Kerajaan Negeri di Batu Berendam. Tentulah adik tak mampu hadir ke temuduga tersebut dengan keadaan dia yang tidak boleh berdiri tegak pun.
kaki adik lelaki selepas di jahit
luka yang hampir membuat jari kaki adik terputus
Begitu sekali dugaan yang perlu saya tempuhi dalam tempoh tahun baru ini. Saya jadi tidak tentu arah, di mana mahu memikirkan cara serta ubatan yang mampu memulihkan ayah, juga cara untuk bantu adik agar luka di jari kakinya cepat sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa. Kadang-kadang saya rasa penat, sebab segalanya seakan menekan diri saya, bukan BEBAN cuma saya memikirkan betapa kurangnya masa saya sehingga tak mampu membahagi masa untuk diri sendiri.


Baru seminggu adik terbabit dengan kemalangan, rupanya ada lagi dugaan yang tuhan berikan buat saya. Saya yakin, tiap dugaan yang ALLAH berikan, pasti ada jalannya. Tiap keperitan yang ALLAH turunkan pasti ada kemanisanya.Cuma.. saya terasa hilang pertimbangan. Entah kenapa.. Haikal di sahkan ada ketumbuhan di bahagian atas dadanya. Walaupun baru 1 cm, tapi buat anak sekecil itu, bebanan kesakitan tiap hari yang dihadapi buat saya rasa nak minta di tukar ganti kesakitan itu kepada saya.


Apalah sangat yang Haikal faham tentang kesakitan. Dia hanya tahu mengadu 'sakit lah ibu' ands terkadang dia mengeluh, 'napelah Haikal asyik rasa sakit jerk erkk ibu'.. Saya rasa ini dugaan paling berat buat saya, kerana saya sentisa rasa apa yang saya berikan pada haikal sesempurna boleh, tapi rupanya masih ada kurangnya bila saya tak mampu nak merasa kesakitan yang dia tanggung setiap masa. Ya Allah, aku mohon segala kekuatan dari mu untuk lalui semua ini. Hanya KAU yang maha mengetahui apa yang baik dan tidak buat diri ini. Sesungguhnya aku cuma insan yang kerdil yang sering terleka untuk sujud kepada MU  Ya Allah.

ala..macha sebelah ni pun sibuk nak menyempil lah !! huhuhu..

Rawatan demi rawatan yang dijalankan pada Haikal. Dari Klinik biasa, pindah ke Klinik Pakar Kanak-kanak, kemudian ke Klinik Pakar Tulang Kanak-kanak, ke Klinik Pakar Bedah kanak-kanak pula, dan sekarang sedang menunggu untuk rawatan ULTRASOUND.. Kesian melihat keadaan Haikal. Kena ambil darah, buat x-ray, masuk Antibiotik, tapi masih belum dapat kesan jenis ketumbuhan itu. Saya keliru, apa yang perlu saya buat, saya tak mampu nak tumpukan perhatian sepenuhnya pada apa yang sedang saya lakukan. Cuba untuk bertahan padahal dalam hati, YA ALLAH..Engkau saja yang sangat mengetahuinya. Air mata ini terkadang tak mampu nak ditahan lagi, bila ada orang bertanya jerkk, hati saya bergolak. Macam-macam yang saya fikirkan.


Takut, risau, serba salah, sedih, entah apalah perasaan yang sentiasa bermain dalam fikiran saya bila memikirkan Haikal. Insan yang sangat saya sayang, sangat saya perlukan untuk hidup saya. Tak sanggup melihat dia merasa kesakitan disaat usianya yang masih kecil, tak memahami apa-apa. Apa yang saya mampu lakukan cuma setiap malam sebelum Haikal tidur, selalu saya bisik ke telinga dia, 'Ibu sayang Haikal sangat2' + 'Haikal sayang ibu tak??' = 'Jadi..Haikal jangan tinggalkan ibu sebab ibu Sayangkan Haikal Sesangat'.. Haikal faham ke? Tiap kali solat, tak penah saya lupakan untuk minta ALLAH beri yang terbaik buat Haikal, selamatkan dia dari tiap kesakitan, Lindungi dia dari segala bahaya. Semoga Allah makbulkan doa IBU YANG LEMAH ini. Lemah dengan segala urusan dunia, Lemah dengan segala urusan manusia, Lemah dengan tanggungjawab sebagai seorang Pekerja, Lemah dengan Masa yang sentiasa pantas bergerak.


Dan yang paling selalu bermain di fikiran saya, adakah tiap dugaan yang saya hadapi ini sebagai UJIAN dari yang BERKUASA atau dugaan ini menandakan ALLAH sayangkan saya dan ingin saya sentiasa mengingatinya serta tidak leka untuk sujud kepadanya?? Hanya DIA saja yang mampu memberi jawapanya dan kepada DIA juga saya serahkan segalanya kerana hanya DIA saja yang mampu merubah segalanya.. Insyaallah..

2 maklumbalas:

qalamseni berkata...

Sesungguhnya Allah tidak menduga hambanya melainkan Dia tahu hambanya mampu untuk menghadapinya..kadang2 kita mengharapkan sangat panas sampai ke petang tapi tiba2 hujan plak tengahari kita mengeluh....rupa2nya selepas hujan tu Dia beri kita pelangi...tak sangkakan..perancangan Dia Maha hebat!

Loly Attie's berkata...

Terima kasih banyak.. Saya harap pelangi akan cepat muncul.. semoge segalanya cepat berlalu ands kehidupan akan menjadi tenang setenang dulu. Insyaallah.. Terima kasih.