Daniel Haikal yang selamat di lahirkan secara PEMBEDAHAN pada 1 April 2008 jam 10.20 pagi di Hospital besar Melaka dengan berat 3.05 kg sangat aktif dan memberi seribu erti buat saya. Daniel Haikal merubah keseluruhan hidup saya dari seorang yang leka, banyak masa lapang, tak tau nak wat ape kat rumah dan sekarang tak cukup masa untuk diri sendiri pun..hehehe.. Melayan kerenah Daniel Haikal terkadang membuat diri hilang kesabaran kerana permintaannya yang kadang-kadang melampaui batas.. Tapi Dialah RACUN dan Dia jugala PENAWARNYA. Kalau Daniel Haikal tak der, hidup saya menjadi sunyi.. tiada siapa yang nak kotorkan rumah lagi, tiada siapa yang nak buat saya marah, tiada siapa yang akan cium pipi saya, tiada siapa yang nak mandi and's tidur ngan saya..
Daniel Haikal dilahirkan dengan sedikit ketumbuhan di bawah leher, pada masa itu sangat kecil and's doktor yang merawat mengesahkan tiada apa yang merbahaya pada ketumbuhan itu sehinggala ianya menimbulkan kesan pada bayi. Daniel Haikal membesar seperti kanak-kanak lain dengan sedikit kenakalan yang comel, dan kelasakkan yang mesra alam.. huhuhu.. Saya yakin Daniel Haikal akan jadi anak yang bijak dan baik..Insyaallah.. Dan sekarang Daniel Haikal telah berumur hampir 4 tahun.. (untuk tahun 2012 la..hehe)
Baru-baru ini, pada 1 Februari 2012 setelah seminggu Daniel Haikal menahan sakit didadanya, saya membawanya ke hospital besar melaka untuk mendapatkan rawatan berikutan terdapat sedikit bengkak di ketumbuhannya dan sedikit radang. Dari situ terdapatlah beberapa kali temujanji bersama Doktor, X-Ray, dan membuat ultrasound. Akhirnya doktor mengesahkan terdapat sedikit jangkitan kuman yang tidak merbahaya pada ketumbuhannya dan telah memberikan ubat antibiotik sebagai cara untuk mengurangkan radang yang berlaku di sekitar leher Daniel Haikal. Alhamdulillah, semuanya jadi stabil semula..
Namun pada 11 Mac 2012, selepas hampir sebulan Daniel Haikal 'follow up' check up di hospital, Daniel Haikal buat kejutan baru untuk saya apabila terjatuh dari basikal yang ditunggangnye sendiri dan bahagian hadapan basikal menghempap ketumbuhan didadanya. Permulaan cume bengkak kecil and's Daniel Haikal cume mengadu sakit sikit. 13 Mac 2012 Bawa Daniel Haikal ke klinik Komuniti Ayer Molek untuk rawatan lanjut kerana Daniel Haikal telah mula berjalan dengan leher senget sebelah kerana menahan sakit di dadanya. Kesian melihat Daniel Haikal berjalan dengan kepalanya teleng.. hurmm.. Pihak klinik cume memberikan antibiotik, ubat tahan sakit serta ubat demam dan meminta untuk hadir ke rawatan susulan pada 16 Mac 2012 sebelah petang.
![]() |
bengkak di dada (disitu jugala ketubuhan) Daniel Haikal akibat terhentak basikal |
Daniel Haikal selamat menjalani Pembedahan tepat 1.45 petang dan dibenarkan pulang ke wad pada jam 2.55 petang. Doktor Bedah yang merawat Daniel Haikal memberitahu, ketumbuhan yang berada di antara leher dan dada Daniel Haikal telah pecah dan bernanah. Jika lewat membuat rawatan atau pembedahan mungkin kuman akan lebih merebak. Alhamdulillah, semuanya nampak okay sekarang. Cuma, luka di dada Daniel Haikal agak menakutkan kerana berlubang dan terpaksa disumbat hampir 2 meter kain 'gous'. Tapi tak mengapalah, yang penting Daniel Haikal mampu cergas dan aktif macam biasa sekarang. Tq Ya Allah..
Pada 19 Mac 2012 jam 10.30 pagi setelah di rawat dan disahkan oleh Doktor Pakar, Daniel Haikal dibenarkan pulang tetapi..Daniel Haikal perlu hadir setiap hari ke klinik berdekatan untuk mencuci kesan luka pembedahannya. Ini yang saya tak sanggup tengok. Melihat bagaimana Doktor menarik keluar kain 'gous' yang di masukkan ke dalam lubang luka di dada Daniel Haikal, mengorek kotoran didalam lubang serta mencucinya.. Ya Allah, tuhan jer maha mengetahui betapa perit melihat Daniel Haikal terjerit-jerit kesakitan setiap kali Nurse or Doktor mencuci lukanya. Tapi apakan daya, itu saje jalan agar luka Daniel Haikal tidak di jangkitan kuman serta menjamin tahap kesihatan Daniel Haikal berada di tahap yang baik.
![]() |
Daniel haikal selepas 7 jam pembedahan |
![]() |
luka kesan pembedahan di dada Daniel Haikal |
Kepada kekawan yang melawat, yang sama-sama mendoakan kesihatan Daniel Haikal, atuk , nenek Daniel Haikal yang buat puasa Nazar, pak ngah, pak lang, pak su, mak uda Daniel Haikal juga turut buat puasa Nazar and's ramai lagi yang mybe tak tersebut di sini, terima kasih banyak. Hanya Allah yang mampu membalas segala pengorbanan kalian. Doa serta semangat yang diberikan, terima kasih sangat, moge allah membalas pekara yang baik-baik kepada kalian semua.. insyaallah.. amin..
Pesanan ibu Buat Daniel Haikal..
Bila dah dewasa kelak, ingatlah pada insan-insan di atas sana, yang banyak bekorban untuk Daniel Haikal, jadilah anak yang baik, insan yang berguna kepada agama, keluarga dan negara kita. Ibu sanggup berkorban apa saja untuk melihat Daniel Haikal bahagia, selamat dan sihat. Doa ibu tak pernah putus wat Daniel Haikal agar sentiasa berada di bawah lindungan Yang Maha Esa..Insyaallah..
Ibu sayang Daniel Haikal..
2 maklumbalas:
Assalamualaikum puan. Saya amat simpati dgn anak lelaki puan. Saya ada singgah disini drpd entri puan mengenai kencing manis ayah puan. Saya cadangkan puan mencuba produk SNE yang alhamdulillah telah menyembuhkan penyakit tiroid ibu saya dan kecederaan tulang belakang adik sy akibat kemalangan. Saya sedaya upaya mencari org yang boleh dibantu. Cuba lawati blog sy, http://senangnakelok.blogspot.com. Insyaallah, dgn izin Allah dan produk yang kuat mampu selesaikan masalah puan. Moga2 ini jodohnya.
Terima kasih banyak di atas cadangan dan keperihatinan encik. Insyaallah saye akan lawati blog encik untuk melihat produk yang encik sarankan. Terima kasih banyak.
Catat Ulasan