Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

MENCAPAI AWAN BIRU

Isnin, 9 Januari 2012

RAWATLAH SEDIH INI YA RABBI.

Ya allah.. kuatkanlah semangat aku.. Bantulah aku menghadapi ujian mu ini. Aku tahu ya allah, kau sedang memberi yang terbaik buat aku. Cume aku terlalu kerdil mengharungi semua dugaan ini.. Ya allah,,aku sesal atas apa yang telah aku lakukan. Sering aku terlupa bersyukur pada mu. Aku mencintai manusia lebih dari mencintai mu. Dan sekarang aku kecewa atas perbuatan manusia yang tak pernah jujur. Ya allah, mungkin semua ini kau tunjukkan agar aku lebih berwaspada dan lebih mencintai mu.
Aku bersyukur pada mu ya allah., kerana diberi peluang untuk mencintai mu. Bimbingla jalan ku Ya Allah , semoga aku temui jalan yang tega untuk aku terus mengasihi mu. Ya Allah.. aku dah letih menyayangi mereka-mereka yang berpura menyayangi aku..maka Ya Allah, aku mohon..jauhi la mereka dari diri ku agar aku tidak terpedaya lagi Ya Allah.


Ya Tuhan yang esa.. aku mohon segala keampunan dari mu ya allah.. aku banyak melakukan kesilapan serta dosa-dosa yang tak terhitung ya allah.. hanya kau yang maha esa, maha pengampun lagi maha mendengar Ya Allah.. Tunjukkan lah aku segala kebenaran dan cegahla aku dari melakukan lagi dosa-dosa kepada mu. Sesungguhnya aku malu dengan diri yang semakin kotor ini ya allah. Curahilah aku dengan nikmat serta rahmat mu Ya ALLAH.. Hanya kau yang maha mengetahui apa yang ada dalam hati ku ini ya Allah..

YA ALLAH, hanya kepada mu tempat ku mengadu, segala duka dihati, kekeliruan, serta resah yang semakin melonjak ini. Bendunglah semua perasaan ini ya ALLAH, buanglah segala kenangan tentang DIA, buanglah segala perasaan CINTA pada dia Ya Allah, segala kerinduan, segala kesedihan ini.. Ya allah, bantulah hamba mu ini Ya allah..Hanya kau sahaja yang memahami, paling memahami ku ya allah. Kuatkanlah semangat ku ya allah. Bawalah aku jauh dari perasaan hina ini. Kuatkanla keimanan ku kepadamu Ya Allah.. Sesungguhnya aku telah kecewa dengan kehidupan yang sementara ini Ya Allah.



Bantu lah aku ya allah, dari membuang segala air mata ini buat INSAN bernama manusia yang tak pernah mempedulikannya.. Bawalah aku jauh ya allah, jauh dari dunia yang penuh kepura-puraan ini. Sesungguhnya aku terlalu lemah hadapi perasaan sebak, sayang, perit ini ya allah.. Ampunilah segala DOSA-DOSA ku ya allah.. Hanya kau yang sentiasa ada disisi ini dikala duka dan suka.


Ya allah, temukan lah aku dengan insan yang mampu membimbing ku ke jalan yang engkau redhai. Sesungguhnya aku berada dalam kegelapan selama ini Ya Allah.. Aku yakin pada mu Ya Allah kerana aku tak pernah sia-sia setiap kali mengadap mu.. Bawalah insan yang mampu membawa dan membimbing ku kembali kejalan mu ya allah.


0 maklumbalas: