Saya pun bukanlah merasainya, tapi dari apa yang saya lihat dihadapan saya insan yang lemah serta dihujani dengan pelbagai kata nasihat, Doktor yang tidak di iktiraf, serta berbagai 'suggestion' yang kekononya boleh kaki atau anggota yang telah terkena jangkita virus Diabetis ni akan pulih tanpa perlu dipotong. Dan si PESAKIT dengan HARAPAN NAK BAIK, teruskanlah segala kata nasihat, dan suggestion tadi. Tanpa di duga, rupanya penyakit DIABETIS ini semakin merebak dari hari ke hari. Segala ubatan yang bernilai RIBUAN RINGGIT MALAYSIA dah takda gunanya. Segala Ubatan RIBUAN RINGGIT INI hanya bertindak memperlambatkan urusan VIRUS DIABETIS ni, dan akhir sekali bila si PESAKIT dah TAK BERMAYA, TAK BERTENAGA lagi, waris-waris yang terdekat mulalah ambil jalan yang difikirkan JALAN TERAKHIR, iaitu BAWA KE HOSPITAL yang berdekatan.
Tapi sayang sekalikan, sepatutnya JALAN YANG TERAKHIR tadi menjadi jalan PERTAMA. Kerana selepas rawatan dari HOSPITAL, barulah kita boleh mengawal penyakit dengan menggunakan ubatan yang bernilai RIBUAN RINGGIT tadi. Itulah yang dilalui oleh ayah saya. Saya mengaku, saya sendiri tak setuju bila Doktor kata nak potong jari tengah kaki kiri ayah yang telah dijangkiti KUMAN DIABETIS, dan dengan sedaya upayanya berubat menggunakan kaedah lain agar PERKATAAN POTONG itu tidakkan menjadi. Tapi bila dah lihat ayah yang longlai, lesu, tak bermaya lagi setelah hampir dua (2) bulan bertarung habis-habisan dengan VIRUS DIABETIS ini, saya dan keluarga SEPAKAT dan AKUR pada keputusan Doktor untuk memotong kaki ayah.
MALANG sekali, kali ini Mr Doktor tidak mahu memotong JARI SAHAJA, bahkan hingga ke paras bawah lutut. Terduduk kami sekeluarga memikirkan keadaan ayah lepas ujian ini nanti. Kesian dengan keadaan ayah. Bagaimana Ayah nak buang air nanti, macam mana nak pergi kerja, cara mana ayah nak terima keadaan dia TANPA KAKI SEBELAH KIRINYA. YA ALLAH.. Ujian apa yang telah KAU berikan kepada keluarga kami ini. Cuma doa serta semangat yang mampu kami sekeluarga panjatkan agar ayah terus tabah serta kuat meniti ujian dari YANG MAHA BERKUASA ini.
Tanggal 7 Januari 2012, tepat jam 2 pagi, ayah telah dimasukkan ke dewan bedah, dan telah memotong kaki kirinya hingga ke paras bawah lutut. Permulaan tahun yang sangat perit buat keluarga kami. Alhamdulillah, pembedahan tamat pada jam 4.30 pagi. YA ALLAH, tuhan yang maha agung, hanya DIA saja yang maha mengetahui perasaan kami bila melihat ayah di tolak keluar dari Dewan Bedah tersebut. Gembira ada, sedih ada, sebak ada, tapi cuba kami sembunyikan seboleh mungkin agar ayah tak nampak. Tapi si PEMILIK KAKI itu lebih perit menanggung, nampak je muka kami di depan pintu Dewan Bedah, ayah yang terbaring atas katil sambil di tolak pembantu hospital berkenaan, menangis. Saya faham perasaan ayah saat tu.
Selepas 5 hari berada dihosital, Ayah telah dibenarkan pulang namun pemeriksaan secara rutin di klinik-klinik berdekatan HUKUMAN WAJIB buat ayah. Tak kisahlah, yang penting ayah dah sihat dan VIRUS DIABETIS tidak menular lagi disekitar badan ayah.. Insyaallah. Disini ingin saya tekankan, bukan bermaksud cerita di atas untuk tidak mengiyakan keberkesanan ubatan di luar sana, cuma ubatan yang sedia ada sekarang hanya berperanan untuk mencegah, bukan mengubati luka yang telah dijangkiti kuman DIABETIS. (maaf jika ada yang tersinggung) Saya mohon beribu kemaafan jika ada yang tidak setuju dengan pendapat saya. Semua ada pendapat serta pemikiran sendiri, so..fikir-fikirkan yang positif yeahh..! ;-)
Namun begitu, saya amat berbesar hati dan berterima kasih kepada sahabat-sahabat yang sudi dengan sedayanya untuk membantu ayah saya. Budi kalian, hanya ALLAH sahaja yang mampu membalasnya. Saya stop disini dulu, dah terlalu banyak yang saya ceritakan disini, sampai ada yang bosan nak baca sampai habis lak.. hehehe.. TQ wat yang sama-sama memberi semangat kepada keluarga kami. As'salam..