Selasa, 24 April 2012
Sabtu, 24 Mac 2012
A BEAUTIFUL MOVEMENT IN MY LIFE
LOVE is a most important thing. Without LOVE, life is nothing.. Have a PEOPLE WHO IS TRULY LOVE US, can give us a happiness.. I'am very grateful to have a family who is very understanding and supporting me. Although many trials, not to be a problem for me as long as i still have a family that will always with me..
I have siblings who are very understanding in various situations. We have fun together and's also togather in sadness. Family encouragement make me more eager to continue a life full with challenges.

Life would be easier if we accpet the challenge as a way for us to continue to prosper and's succeed in life. I were also always learn from the difficulties that other person in preparation for future life.

Had a perfect love can also guarantee our health. For example, we do not easily fall sick if we regard every problem as a sweetness in life.. Is it true??? hehehe.. (but's, i was also sick for too many time.. sick with my heart.. huhuhu..)

In addition, had a friends who was understand also able to make our life more cheerful and happys. Actually very easy to go through in this life if we can accept the simplicity in life, and also appreciate all that we have. (apela yang saye mencarut ni kan.. tonggang langgang lerrr.. hehehe. lantakla..)
Sorry coz were writing in english language for this time. Just want to improve my english language. If i make a mistake in using the word, please comment.. so i can to correct and to improve my grammar in english.. Thank u very much for willingness to read my article for this while.. I'am really appreciate it.. ;-)

Selasa, 20 Mac 2012
DIARI IBU BUAT 'DANIEL HAIKAL'
IBU, EMAK, UMMI, MAMA atau apa saja panggilan untuk insan yang melahirkan ini pasti tidak sanggup melihat anak yang dikandung,dilahirkan, dan juga di besarkan mengalami apapun kecederaan mahupun luka, inikan pula terpaksa dicederakan. Herm..itu yang berlaku pada saya yang terpaksa berdepan dengan dugaan sebesar ini.
Daniel Haikal yang selamat di lahirkan secara PEMBEDAHAN pada 1 April 2008 jam 10.20 pagi di Hospital besar Melaka dengan berat 3.05 kg sangat aktif dan memberi seribu erti buat saya. Daniel Haikal merubah keseluruhan hidup saya dari seorang yang leka, banyak masa lapang, tak tau nak wat ape kat rumah dan sekarang tak cukup masa untuk diri sendiri pun..hehehe.. Melayan kerenah Daniel Haikal terkadang membuat diri hilang kesabaran kerana permintaannya yang kadang-kadang melampaui batas.. Tapi Dialah RACUN dan Dia jugala PENAWARNYA. Kalau Daniel Haikal tak der, hidup saya menjadi sunyi.. tiada siapa yang nak kotorkan rumah lagi, tiada siapa yang nak buat saya marah, tiada siapa yang akan cium pipi saya, tiada siapa yang nak mandi and's tidur ngan saya..
Daniel Haikal dilahirkan dengan sedikit ketumbuhan di bawah leher, pada masa itu sangat kecil and's doktor yang merawat mengesahkan tiada apa yang merbahaya pada ketumbuhan itu sehinggala ianya menimbulkan kesan pada bayi. Daniel Haikal membesar seperti kanak-kanak lain dengan sedikit kenakalan yang comel, dan kelasakkan yang mesra alam.. huhuhu.. Saya yakin Daniel Haikal akan jadi anak yang bijak dan baik..Insyaallah.. Dan sekarang Daniel Haikal telah berumur hampir 4 tahun.. (untuk tahun 2012 la..hehe)
Baru-baru ini, pada 1 Februari 2012 setelah seminggu Daniel Haikal menahan sakit didadanya, saya membawanya ke hospital besar melaka untuk mendapatkan rawatan berikutan terdapat sedikit bengkak di ketumbuhannya dan sedikit radang. Dari situ terdapatlah beberapa kali temujanji bersama Doktor, X-Ray, dan membuat ultrasound. Akhirnya doktor mengesahkan terdapat sedikit jangkitan kuman yang tidak merbahaya pada ketumbuhannya dan telah memberikan ubat antibiotik sebagai cara untuk mengurangkan radang yang berlaku di sekitar leher Daniel Haikal. Alhamdulillah, semuanya jadi stabil semula..
Namun pada 11 Mac 2012, selepas hampir sebulan Daniel Haikal 'follow up' check up di hospital, Daniel Haikal buat kejutan baru untuk saya apabila terjatuh dari basikal yang ditunggangnye sendiri dan bahagian hadapan basikal menghempap ketumbuhan didadanya. Permulaan cume bengkak kecil and's Daniel Haikal cume mengadu sakit sikit. 13 Mac 2012 Bawa Daniel Haikal ke klinik Komuniti Ayer Molek untuk rawatan lanjut kerana Daniel Haikal telah mula berjalan dengan leher senget sebelah kerana menahan sakit di dadanya. Kesian melihat Daniel Haikal berjalan dengan kepalanya teleng.. hurmm.. Pihak klinik cume memberikan antibiotik, ubat tahan sakit serta ubat demam dan meminta untuk hadir ke rawatan susulan pada 16 Mac 2012 sebelah petang.
Pada 16 Mac 2012, Doktor yang merawat Daniel Haikal pada ketika itu meminta untuk membawa Daniel Haikal ke Hospital Besar Melaka pada hari berkenaan juga kerana dikhuatiri berlaku jangkitan kuman sekitar leher dan dadanya. Setibanya di Hospital Besar Melaka, Doktor yang bertugas menyarankan agar Daniel Haikal di masukkan ke wad kerana perlukan pemerhatian dan tindakan lanjut dari Doktor Pakar. Hasil pemerhatian Doktor Pakar, Daniel Haikal perlu di bedah dengan kadar segera bagi memastikan ketumbuhan masih hidup atau telah pecah. Daniel Haikal telah dimasukkan ke Dewan Bedah pada 18 Mac 2012 jam 1.04 petang. Pembedahan berjalan dengan lancar walaupun pada permulaannya ubat pelali yang diberikan pada Daniel Haikal seperti tak memberi kesan kepadanya.
Daniel Haikal selamat menjalani Pembedahan tepat 1.45 petang dan dibenarkan pulang ke wad pada jam 2.55 petang. Doktor Bedah yang merawat Daniel Haikal memberitahu, ketumbuhan yang berada di antara leher dan dada Daniel Haikal telah pecah dan bernanah. Jika lewat membuat rawatan atau pembedahan mungkin kuman akan lebih merebak. Alhamdulillah, semuanya nampak okay sekarang. Cuma, luka di dada Daniel Haikal agak menakutkan kerana berlubang dan terpaksa disumbat hampir 2 meter kain 'gous'. Tapi tak mengapalah, yang penting Daniel Haikal mampu cergas dan aktif macam biasa sekarang. Tq Ya Allah..
Pada 19 Mac 2012 jam 10.30 pagi setelah di rawat dan disahkan oleh Doktor Pakar, Daniel Haikal dibenarkan pulang tetapi..Daniel Haikal perlu hadir setiap hari ke klinik berdekatan untuk mencuci kesan luka pembedahannya. Ini yang saya tak sanggup tengok. Melihat bagaimana Doktor menarik keluar kain 'gous' yang di masukkan ke dalam lubang luka di dada Daniel Haikal, mengorek kotoran didalam lubang serta mencucinya.. Ya Allah, tuhan jer maha mengetahui betapa perit melihat Daniel Haikal terjerit-jerit kesakitan setiap kali Nurse or Doktor mencuci lukanya. Tapi apakan daya, itu saje jalan agar luka Daniel Haikal tidak di jangkitan kuman serta menjamin tahap kesihatan Daniel Haikal berada di tahap yang baik.
Sehingga sekarang, saya masih lagi belum mula bekerja memandangkan tiada siapa yang boleh menggantikan saya untuk membawa Daniel Haikal ke klinik setiap pagi untuk memcuci kesan luka pembedahanya. Harap-harap Daniel Haikal cepat sembuh, tak sanggup dah ibu lihat darah yang mengalir serta kesakitan yang Daniel Haikal tempuh setiap hari.
Kepada kekawan yang melawat, yang sama-sama mendoakan kesihatan Daniel Haikal, atuk , nenek Daniel Haikal yang buat puasa Nazar, pak ngah, pak lang, pak su, mak uda Daniel Haikal juga turut buat puasa Nazar and's ramai lagi yang mybe tak tersebut di sini, terima kasih banyak. Hanya Allah yang mampu membalas segala pengorbanan kalian. Doa serta semangat yang diberikan, terima kasih sangat, moge allah membalas pekara yang baik-baik kepada kalian semua.. insyaallah.. amin..
Pesanan ibu Buat Daniel Haikal..
Bila dah dewasa kelak, ingatlah pada insan-insan di atas sana, yang banyak bekorban untuk Daniel Haikal, jadilah anak yang baik, insan yang berguna kepada agama, keluarga dan negara kita. Ibu sanggup berkorban apa saja untuk melihat Daniel Haikal bahagia, selamat dan sihat. Doa ibu tak pernah putus wat Daniel Haikal agar sentiasa berada di bawah lindungan Yang Maha Esa..Insyaallah..
Ibu sayang Daniel Haikal..
Daniel Haikal yang selamat di lahirkan secara PEMBEDAHAN pada 1 April 2008 jam 10.20 pagi di Hospital besar Melaka dengan berat 3.05 kg sangat aktif dan memberi seribu erti buat saya. Daniel Haikal merubah keseluruhan hidup saya dari seorang yang leka, banyak masa lapang, tak tau nak wat ape kat rumah dan sekarang tak cukup masa untuk diri sendiri pun..hehehe.. Melayan kerenah Daniel Haikal terkadang membuat diri hilang kesabaran kerana permintaannya yang kadang-kadang melampaui batas.. Tapi Dialah RACUN dan Dia jugala PENAWARNYA. Kalau Daniel Haikal tak der, hidup saya menjadi sunyi.. tiada siapa yang nak kotorkan rumah lagi, tiada siapa yang nak buat saya marah, tiada siapa yang akan cium pipi saya, tiada siapa yang nak mandi and's tidur ngan saya..
Daniel Haikal dilahirkan dengan sedikit ketumbuhan di bawah leher, pada masa itu sangat kecil and's doktor yang merawat mengesahkan tiada apa yang merbahaya pada ketumbuhan itu sehinggala ianya menimbulkan kesan pada bayi. Daniel Haikal membesar seperti kanak-kanak lain dengan sedikit kenakalan yang comel, dan kelasakkan yang mesra alam.. huhuhu.. Saya yakin Daniel Haikal akan jadi anak yang bijak dan baik..Insyaallah.. Dan sekarang Daniel Haikal telah berumur hampir 4 tahun.. (untuk tahun 2012 la..hehe)
Baru-baru ini, pada 1 Februari 2012 setelah seminggu Daniel Haikal menahan sakit didadanya, saya membawanya ke hospital besar melaka untuk mendapatkan rawatan berikutan terdapat sedikit bengkak di ketumbuhannya dan sedikit radang. Dari situ terdapatlah beberapa kali temujanji bersama Doktor, X-Ray, dan membuat ultrasound. Akhirnya doktor mengesahkan terdapat sedikit jangkitan kuman yang tidak merbahaya pada ketumbuhannya dan telah memberikan ubat antibiotik sebagai cara untuk mengurangkan radang yang berlaku di sekitar leher Daniel Haikal. Alhamdulillah, semuanya jadi stabil semula..
Namun pada 11 Mac 2012, selepas hampir sebulan Daniel Haikal 'follow up' check up di hospital, Daniel Haikal buat kejutan baru untuk saya apabila terjatuh dari basikal yang ditunggangnye sendiri dan bahagian hadapan basikal menghempap ketumbuhan didadanya. Permulaan cume bengkak kecil and's Daniel Haikal cume mengadu sakit sikit. 13 Mac 2012 Bawa Daniel Haikal ke klinik Komuniti Ayer Molek untuk rawatan lanjut kerana Daniel Haikal telah mula berjalan dengan leher senget sebelah kerana menahan sakit di dadanya. Kesian melihat Daniel Haikal berjalan dengan kepalanya teleng.. hurmm.. Pihak klinik cume memberikan antibiotik, ubat tahan sakit serta ubat demam dan meminta untuk hadir ke rawatan susulan pada 16 Mac 2012 sebelah petang.
![]() |
bengkak di dada (disitu jugala ketubuhan) Daniel Haikal akibat terhentak basikal |
Daniel Haikal selamat menjalani Pembedahan tepat 1.45 petang dan dibenarkan pulang ke wad pada jam 2.55 petang. Doktor Bedah yang merawat Daniel Haikal memberitahu, ketumbuhan yang berada di antara leher dan dada Daniel Haikal telah pecah dan bernanah. Jika lewat membuat rawatan atau pembedahan mungkin kuman akan lebih merebak. Alhamdulillah, semuanya nampak okay sekarang. Cuma, luka di dada Daniel Haikal agak menakutkan kerana berlubang dan terpaksa disumbat hampir 2 meter kain 'gous'. Tapi tak mengapalah, yang penting Daniel Haikal mampu cergas dan aktif macam biasa sekarang. Tq Ya Allah..
Pada 19 Mac 2012 jam 10.30 pagi setelah di rawat dan disahkan oleh Doktor Pakar, Daniel Haikal dibenarkan pulang tetapi..Daniel Haikal perlu hadir setiap hari ke klinik berdekatan untuk mencuci kesan luka pembedahannya. Ini yang saya tak sanggup tengok. Melihat bagaimana Doktor menarik keluar kain 'gous' yang di masukkan ke dalam lubang luka di dada Daniel Haikal, mengorek kotoran didalam lubang serta mencucinya.. Ya Allah, tuhan jer maha mengetahui betapa perit melihat Daniel Haikal terjerit-jerit kesakitan setiap kali Nurse or Doktor mencuci lukanya. Tapi apakan daya, itu saje jalan agar luka Daniel Haikal tidak di jangkitan kuman serta menjamin tahap kesihatan Daniel Haikal berada di tahap yang baik.
![]() |
Daniel haikal selepas 7 jam pembedahan |
![]() |
luka kesan pembedahan di dada Daniel Haikal |
Kepada kekawan yang melawat, yang sama-sama mendoakan kesihatan Daniel Haikal, atuk , nenek Daniel Haikal yang buat puasa Nazar, pak ngah, pak lang, pak su, mak uda Daniel Haikal juga turut buat puasa Nazar and's ramai lagi yang mybe tak tersebut di sini, terima kasih banyak. Hanya Allah yang mampu membalas segala pengorbanan kalian. Doa serta semangat yang diberikan, terima kasih sangat, moge allah membalas pekara yang baik-baik kepada kalian semua.. insyaallah.. amin..
Pesanan ibu Buat Daniel Haikal..
Bila dah dewasa kelak, ingatlah pada insan-insan di atas sana, yang banyak bekorban untuk Daniel Haikal, jadilah anak yang baik, insan yang berguna kepada agama, keluarga dan negara kita. Ibu sanggup berkorban apa saja untuk melihat Daniel Haikal bahagia, selamat dan sihat. Doa ibu tak pernah putus wat Daniel Haikal agar sentiasa berada di bawah lindungan Yang Maha Esa..Insyaallah..
Ibu sayang Daniel Haikal..
Ahad, 11 Mac 2012
Malaysia Negara Aman, Melaka Negeri Ku Sayang
kekejaman disana sini |
petronas twin tower's |
eyes on MALAYSIA |
MALAYSIA air line |
Apabila huru-hara berlaku, pastinya bangunan-bangunan indah akan lenyap, segala gelak tawa juga akan tenggelan dengan suara tangisan, ibu akan kehilangan anaknya, suami akan kehilangan isterinya.. Mahu ke kita menempuh segala keperitan itu?? Jawapanya pastilah TIDAK..
Apabila menonton filem-filem atau rakaman mengenai Negara Palestine, saya sangat berasa sedih dan melihat pula mayat kanak-kanak yang bergelimpangan sana sini, terasalah sangat takut jika semua tu terjadi dinegara kita. Dan kalau boleh saya tidak mahu semua itu berlaku kerana terfikir dimana nanti letaknya anak saya yang kecil ini.. Sama-samalah kita berdoa agar ALLAH sentiasa melindungi negara ini dari di belenggu masalah kehuru-haraan.
wanita berbangsa israel juga turut kejam |
sedih melihat kanak-kanak berlumuran darah |
Ahad, 26 Februari 2012
MAMPUKAH AKU MERAIH CINTA KAMU..
Tiap insan bercinta + percintaan pasti mengimpikan perkahwinan serta kehidupan yang aman damai serta bahagia hingga ke akhir hayat bersama insan yang dicintai. Tidak ada cinta tulus yang wujud dengan niat untuk mengundang kecelakaan atau mengimpikan kemusnahan hidup.
Bercinta sememangnya sangat membahagiakan. Merindu, cemburu, risau, takut kehilangan, and's rase semangat untuk memperjuangkan CINTA bermati-matian sangat kuat sehingga ada yang sanggup berbunuh, atau ada juga yang terbunuh kerana mahu mempertahankan CINTA. Persoalannya, mampukah CINTA sekuat itu bertahan selamanya ??? atau sampai bila kita akan memperoleh CINTA yang sekuat itu??
Semasa berCINTA, sehinggalah ke alam selepas pertunangan, masa untuk keluar bersama (Datinglah dalam bahasa percintaan) sangatlah sukar kerana iba dan ayah sangat menjaga agar anaknya tidak melakukan sesuatu pekara iaitu lari dari adab serta cara kita sebagai umat ISLAM. Walau hati mendesak, merindu macam nak mati, tapi terpaksa juga ikut kata orang tua kerana kita masih lagi di bawah pengawasan mereka.
Selepas menjejakkan kaki ke alam PERKAHWINAN, di anggarkan kita mampu bahagia dan hidup seamannya dengan insan yang sangat kita CINTAI tanpa ada apapun gangguan, dan menikmati waktu-waktu yang sangat banyak bersama SI DIA, and's sudah pastila kita mengimpikan perjalanan hidup yang sangat manis setiap detik bersama SI DIA insan yang sangat kita cintai seperti yang pernah di janjikan satu masa dahulu, "SUSAH atau SENANG, KITA HARUNGI BERSAMA".. Di usia seawal 20an, kita korbankan masa-masa muda, masa untuk menyambung pengajian, saat-saat untuk BERJIMBARAMBA bersama teman-teman seusia, masa untuk enjoy-enjoy, serta masa-masa untuk kita bekerja keras, mencari duit sebanyak boleh dan membeli apapun keperluan kita sebelum kita memikul tanggungjawab yang lebih besar dan lebih mencabar iaitu sebagai SUAMI @ ISTERI dan juga sebagai IBU @ AYAH..
Di tinggalkan semua itu dengan harapan, bolehla menyambung pengajian nanti bila dah bersama Si dia, mampu BERJIMBARAMBA bersama Mr. Husband kelak, boleh jerrr enjoy bersama my husband nanti, dan juga boleh berkerja keras besama si dia dan membeli apapun yang kami ingini bersama nanti. TAPI SAYANG sekali, rupanya setelah dimiliki, kita dijadikan patung, perhiasan dan kalau mampu di simpan ke dalam bekas kaca di kunci dan di letakkan di dalam rumah. Tahukan KAMU WAHAI INSAN YANG SANGAT DIRI INI CINTAI, segala impian, rasa CINTA pada kamu telah habis musnah, TELAH HAMBAR, mati.. yang tinggal cuma kesalan, air mata yang tak pernah kering kerana setiap hari diri ini menjadi PENGEMIS CINTA pada CINTA kamu dan tak pernah putus-putus berharap semoga kamu menoleh sedikit pada diri ini agar kamu masih nampak yang diri ini sangat MENCINTAI KAMU SEJAK DULU dan pandanglah apa yang telah diri ini KORBANKAN BUAT KAMU serta percayalah sesungguhnya diri ini tak pernah meminta balasan segunung intan, atau selautan emas dari kamu kerana diri ini tahu kamu tidak mampu melakukanya, MEMADAILAH dengan memberi SEDIKIT PERHATIAN, SEDIKIT RASA SAYANG kamu buat diri ini.
TAHUKAH kamu WAHAI INSAN YANG SANGAT DI CINTAI sejak dulu, diri ini sangat merindukan KASIH SAYANG kamu, sangat dahagakan kata-kata CINTA dari kamu serta pujuk rayu kamu, sangat memerlukan BELAS EHSAN kamu pada diri ini dan SENTUHAN kasih sayang yang paling IKHLAS buat diri ini. Tahukah kamu, dengan semua itu sahaja kamu mampu membahagiakan, dan membuat diri ini ikhlas dengan setiap dugaan yang ALLAH berikan dalam menjalani kehidupan seharian bersama kamu. Kadang-kadang terasalah sangat, bahawa diri ini sahaja yang sangat MENCINTAI kamu sepenuh hati sedangkan kamu menjadikan diri ini sebagai ISTERI cuma pada lafaz serta sehelai kertas yang hanya perlu kamu tandatangani. Betul kata-kata, "pilihlah kamu suami dari yang mencintai kamu sepenuh hatinya daripada kamu memilih suami yang kamu cintai sepenuh hati kamu, kerana jika DIA MENCINTAI KAMU SEPENUH HATINYA, maka dia akan menghargai kamu, tapi jika KAMU yang MENCINTAI DIA SEPENUH HATI kamu, maka hanya kamu sahaja yang akan menghargai dia dan jangan berharap sangat yang dia akan menhargai kamu seperti kamu menghargai dia".
Selama mana hati ini akan cekal dan kuat dengan semua ini atau hati ini akan terus terluka dan merana selamanya dengan keadaan kamu serta hidup tanpa perasaan ini. Mampukah lagi di pertahankan PERKAHWINAN ini atau terpaksa menyerah kalah dan membiarkan PERKAHWINAN ini roboh dan hanyut. Atau membiarkan kamu dengan dunia serta mengabaikan tanggungjawab bersama sebagai SUAMI ISTERI yang seharusnya di pikul bersama.
"YA ALLAH,
BERILAH AKU PERTUNJUK MU AGAR AKU TIDAK TERSALAH DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN.."
nukilan,
hati seorang isteri yg terluka
![]() |
contoh 1 |
![]() |
contoh 2 |
TERUSKANLAH - AGNES MONICA
Pernahkan kau bicara
Tapi tak di dengar
Tak di anggap
sama sekali
Pernahkan kau tak salah
Tapi disalahkan
Tak di beri
Kesempatan
Kuhidup dengan siapa
Ku tak tau kau siapa
Kau kekasihku suami tapi
Orang lain bagiku
Kau dengan dirimu saja
Kau dengan duniamu saja
Teruskan lah.. Teruskan lah
Kau begitu
Kau tak butuh diriku
Aku patung bagimu
Cinta bukan
Kebutuhan mu
Kau dengan dirimu saja
Kau dengan duniamu saja
Teruskan lah.. Teruskan lah
Kau.. kau begitu
Teruskan lah.. teruskan lah..
Ahad, 19 Februari 2012
ANGANAN : TERBANG TINGGI SEPERTI BURUNG
Saye teringin nak jadi seperti burung yang mampu terbang and's mencari makan tanpa ada bebanan atau masalah.. haahaha.. Teringin sangat nak terbang tinggi, and's hinggap di mana-mana saja tempat yang saya suka, tanpa ada yang menghalang (melancong la konon).. stay kat situ sampai saye rase bosan.. Boleh lihat permandangan yang cantik-cantik, boleh bebas kesana kesini, and's boleh buat ape jerrrr.., (boleh ker?? kalau la bole kan.. hehehe)
Bila saye pandang atau ternampak burung-burung yang bebas berterbangan di langit.. hati CEMBURU ni pun mulala nak berkate, (tapi kate dalam hati jelah.. kalau diluahkan mesti orang kate saye .... tetttttttttt.. x baik sebut..) bestnyer jadi burungkan.. Tapi..... bila fikir-fikirkan balik.. burung tak boleh nak pakai minyak wangi, tak boleh nak melaram (like saye.. huhuhu), tak boleh nak make up-make up or make over.., tak boleh nak ke shoping, tak boleh nak karaoke (like saye and's Emma.. hehehe).. and's jadi burung gak terdedah kepada bahaya. Bahaya kepada si penternak-penternak burung atau pemburu burung juga kepada pemakan burung.. kan..kan..kan?? - nape lak saye nak peningkan kepale memikirkan masalah burung ni.. ;-p Hermm.. cam tak best la pulak..
Penternak atau Pemburu Burung |
Sup Sarang Burung |
Sebenarnyekan, burung cemburu dengan manusia tau. Iyelah, bile je Sang burung memandang manusia dan melihat kemampuan manusia melakukan banyak pekara, terasalah Sang Burung betape nikmatnye menjadi manusia berbanding dirinya. (wuerrkk.. apelah yang saye mengarut nih..) Burung juga pandai membalas dendam tau, bile jerr dia cemburu dengan kebolehan manusia, and's tak mampu melakukan pekara yang sama, Sang burung terus membalas dendam dengan menjatuhkan sedikit sisa toksid dari simpanan sisa kumbahannya ke atas manusia atau barang milik manusia.. hahahah.. Pernah kena tak??? ;-) Contonyer errekkk.., bila selesai jerr kite cuci kereta, and's kite pon menjemurkan kereta sebentar di tengah panas, and's kembali selepas beberapa minit, ternampakla tompokan-tompokan putih like kapur atas kereta yang baru sekejab tadi kite cuci.. huhuhu.. itu lah ... teeettttt burung.. hahaha...
Najis burung erkk.. |
Kata-kata perangsang buat saye and's untuk semua juga,
BERSYUKURLAH MENJADI MANUSIA DI MUKA BUMI INI.. Insyaallah.. ;-P
Langgan:
Catatan (Atom)