Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

MENCAPAI AWAN BIRU

Sabtu, 24 Mac 2012

A BEAUTIFUL MOVEMENT IN MY LIFE

LOVE is a most important thing. Without LOVE, life is nothing.. Have a PEOPLE WHO IS TRULY LOVE US, can give us a happiness.. I'am very grateful to have a family who is very understanding and supporting me. Although many trials, not to be a problem for me as long as i still have a family that will always with me..

I have siblings who are very understanding in various situations. We have fun together and's also togather in sadness. Family encouragement make me more eager to continue a life full with challenges.



Life would be easier if we accpet the challenge as a way for us to continue to prosper and's succeed in life. I were also always learn from the difficulties that other person in preparation for future life.

Had a perfect love can also guarantee our health. For example, we do not easily fall sick if we regard every problem as a sweetness in life.. Is it true??? hehehe.. (but's, i was also sick for too many time.. sick with my heart.. huhuhu..)

In addition, had a friends who was understand also able to make our life more cheerful and happys. Actually very easy to go through in this life if we can accept the simplicity in life, and also appreciate all that we have. (apela yang saye mencarut ni kan.. tonggang langgang lerrr.. hehehe. lantakla..)

Sorry coz were writing in english language for this time. Just want to improve my english language. If i make a mistake in using the word, please comment.. so i can to correct and to improve my grammar in english.. Thank u very much for willingness to read my article for this while.. I'am really appreciate it.. ;-)

Selasa, 20 Mac 2012

DIARI IBU BUAT 'DANIEL HAIKAL'

IBU, EMAK, UMMI, MAMA atau apa saja panggilan untuk insan yang melahirkan ini pasti tidak sanggup melihat anak yang dikandung,dilahirkan, dan juga di besarkan mengalami apapun kecederaan mahupun luka, inikan pula terpaksa dicederakan. Herm..itu yang berlaku pada saya yang terpaksa berdepan dengan dugaan sebesar ini.
Daniel Haikal yang selamat di lahirkan secara PEMBEDAHAN pada 1 April 2008 jam 10.20 pagi di Hospital besar Melaka dengan berat 3.05 kg sangat aktif dan memberi seribu erti buat saya. Daniel Haikal merubah keseluruhan hidup saya dari seorang yang leka, banyak masa lapang, tak tau nak wat ape kat rumah dan sekarang tak cukup masa untuk diri sendiri pun..hehehe.. Melayan kerenah Daniel Haikal terkadang membuat diri hilang kesabaran kerana permintaannya yang kadang-kadang melampaui batas.. Tapi Dialah RACUN dan Dia jugala PENAWARNYA. Kalau Daniel Haikal tak der, hidup saya menjadi sunyi.. tiada siapa yang nak kotorkan rumah lagi, tiada siapa yang nak buat saya marah, tiada siapa yang akan cium pipi saya, tiada siapa yang nak mandi and's tidur ngan saya..
Daniel Haikal dilahirkan dengan sedikit ketumbuhan di bawah leher, pada masa itu sangat kecil and's doktor yang merawat mengesahkan tiada apa yang merbahaya pada ketumbuhan itu sehinggala ianya menimbulkan kesan pada bayi. Daniel Haikal membesar seperti kanak-kanak lain dengan sedikit kenakalan yang comel, dan kelasakkan yang mesra alam.. huhuhu.. Saya yakin Daniel Haikal akan jadi anak yang bijak dan baik..Insyaallah.. Dan sekarang Daniel Haikal telah berumur hampir 4 tahun.. (untuk tahun 2012 la..hehe)

Baru-baru ini, pada 1 Februari 2012 setelah seminggu Daniel Haikal menahan sakit didadanya, saya membawanya ke hospital besar melaka untuk mendapatkan rawatan berikutan terdapat sedikit bengkak di ketumbuhannya dan sedikit radang. Dari situ terdapatlah beberapa kali temujanji bersama Doktor, X-Ray, dan membuat ultrasound. Akhirnya doktor mengesahkan terdapat sedikit jangkitan kuman yang tidak merbahaya pada ketumbuhannya dan telah memberikan ubat antibiotik sebagai cara untuk mengurangkan radang yang berlaku di sekitar leher Daniel Haikal. Alhamdulillah, semuanya jadi stabil semula..


Namun pada 11 Mac 2012, selepas hampir sebulan Daniel Haikal 'follow up' check up di hospital, Daniel Haikal buat kejutan baru untuk saya apabila terjatuh dari basikal yang ditunggangnye sendiri dan bahagian hadapan basikal menghempap ketumbuhan didadanya. Permulaan cume bengkak kecil and's Daniel Haikal cume mengadu sakit sikit. 13 Mac 2012 Bawa Daniel Haikal ke klinik Komuniti Ayer Molek untuk rawatan lanjut kerana Daniel Haikal telah mula berjalan dengan leher senget sebelah kerana menahan sakit di dadanya. Kesian melihat Daniel Haikal berjalan dengan kepalanya teleng.. hurmm.. Pihak klinik cume memberikan antibiotik, ubat tahan sakit serta ubat demam dan meminta untuk hadir ke rawatan susulan pada 16 Mac 2012 sebelah petang.


bengkak di dada (disitu jugala ketubuhan) Daniel Haikal akibat terhentak basikal 
Pada 16 Mac 2012, Doktor yang merawat Daniel Haikal pada ketika itu meminta untuk membawa Daniel Haikal ke Hospital Besar Melaka pada hari berkenaan juga kerana dikhuatiri berlaku jangkitan kuman sekitar leher dan dadanya. Setibanya di Hospital Besar Melaka, Doktor yang bertugas menyarankan agar Daniel Haikal di masukkan ke wad kerana perlukan pemerhatian dan tindakan lanjut dari Doktor Pakar. Hasil pemerhatian Doktor Pakar, Daniel Haikal perlu di bedah dengan kadar segera bagi memastikan ketumbuhan masih hidup atau telah pecah. Daniel Haikal telah dimasukkan ke Dewan Bedah pada 18 Mac 2012 jam 1.04 petang. Pembedahan berjalan dengan lancar walaupun pada permulaannya ubat pelali yang diberikan pada Daniel Haikal seperti tak memberi kesan kepadanya.
 Daniel Haikal selamat menjalani Pembedahan tepat 1.45 petang dan dibenarkan pulang ke wad pada jam 2.55 petang. Doktor Bedah yang merawat Daniel Haikal memberitahu, ketumbuhan yang berada di antara leher dan dada Daniel Haikal telah pecah dan bernanah. Jika lewat membuat rawatan atau pembedahan mungkin kuman akan lebih merebak. Alhamdulillah, semuanya nampak okay sekarang. Cuma, luka di dada Daniel Haikal agak menakutkan kerana berlubang dan terpaksa disumbat hampir 2 meter kain 'gous'. Tapi tak mengapalah, yang penting Daniel Haikal mampu cergas dan aktif macam biasa sekarang. Tq Ya Allah..


Pada 19 Mac 2012 jam 10.30 pagi setelah di rawat dan disahkan oleh Doktor Pakar, Daniel Haikal dibenarkan pulang tetapi..Daniel Haikal perlu hadir setiap hari ke klinik berdekatan untuk mencuci kesan luka pembedahannya. Ini yang saya tak sanggup tengok. Melihat bagaimana Doktor menarik keluar kain 'gous' yang di masukkan ke dalam lubang luka di dada Daniel Haikal, mengorek kotoran didalam lubang serta mencucinya.. Ya Allah, tuhan jer maha mengetahui betapa perit melihat Daniel Haikal terjerit-jerit kesakitan setiap kali Nurse or Doktor mencuci lukanya. Tapi apakan daya, itu saje jalan agar luka Daniel Haikal tidak di jangkitan kuman serta menjamin tahap kesihatan Daniel Haikal berada di tahap yang baik.
Daniel haikal selepas 7 jam pembedahan
Sehingga sekarang, saya masih lagi belum mula bekerja memandangkan tiada siapa yang boleh menggantikan saya untuk membawa Daniel Haikal ke klinik setiap pagi untuk memcuci kesan luka pembedahanya. Harap-harap Daniel Haikal cepat sembuh, tak sanggup dah ibu lihat darah yang mengalir serta kesakitan yang Daniel Haikal tempuh setiap hari.

luka kesan pembedahan di dada Daniel Haikal

Kepada kekawan yang melawat, yang sama-sama mendoakan kesihatan Daniel Haikal, atuk , nenek Daniel Haikal yang buat puasa Nazar, pak ngah, pak lang, pak su, mak uda Daniel Haikal juga turut buat puasa Nazar and's ramai lagi yang mybe tak tersebut di sini, terima kasih banyak. Hanya Allah yang mampu membalas segala pengorbanan kalian. Doa serta semangat yang diberikan, terima kasih sangat, moge allah membalas pekara yang baik-baik kepada kalian semua.. insyaallah.. amin..


Pesanan ibu Buat Daniel Haikal..


Bila dah dewasa kelak, ingatlah pada insan-insan di atas sana, yang banyak bekorban untuk Daniel Haikal, jadilah anak yang baik, insan yang berguna kepada agama, keluarga dan negara kita. Ibu sanggup berkorban apa saja untuk melihat Daniel Haikal bahagia, selamat dan sihat. Doa ibu tak pernah putus wat Daniel Haikal agar sentiasa berada di bawah lindungan Yang Maha Esa..Insyaallah..
Ibu sayang Daniel Haikal..
Ahad, 11 Mac 2012

Malaysia Negara Aman, Melaka Negeri Ku Sayang


Baru-baru ini saya mengikuti kursus yang menerangkan tentang Negara kita, MALAYSIA dan juga mengenai Negeri Melaka. Banyak yang disalurkan melalui kursus itu, antaranya mengenai keamanan, ekonomi, sosial serta kedudukan Negara kita di mata dunia. Seronok dapat mempelajari serta mendalami Negara sendiri.
Apa yang paling best sekali, kita akan didedahkan and's dapat melihat betapa beruntungnya kita berada di Bumi MALAYSIA ini, bukan saja kita berada dalam Negara yang aman damai bahkan tahap ekonomi yang stabil. Walau masih belum mampu untuk di gandingkan dengan Negara-negara barat, tapi kita sepatutnya bersyukur, sekurang-kurangnya kita masih mampu untuk tidur dengan lena, bershoping dengan aman dan masih boleh pergi melancong bersama keluarga tersayang jika nak dibandingkan Negara-negara yang kini berada dalam Krisis besar seperti di Palestine, Mesir dan yang lain-lain.
kekejaman disana sini
Melalui kursus ini juga kita dapat melihat betapa hebatnya Pemimpin-peminpin kita dahulu, sanggup berkorban nyawa dan harta demi memperjuangkan keamanan Tanah Melayu, dan akhirnya dapatlah kita sebagai anak cucu mereka merasai hidup dengan amannya di Bumi Malaysia yang dulunya dikenali sebagai Tanah Melaka. Syukur Alhamdulillah..
petronas twin tower's
eyes on MALAYSIA
MALAYSIA air line
Dan untuk mempertahankan keamanan negara, kita sebagai anak cucu mereka juga seharusnya sama-sama menjaganya agar anak cucu kita juga dapat merasa hidup seamannya seperti kita sekarang. Dengan keadaan dunia yang semakin menghampiri fasa ke 3 ini, kita sebagai rakyat MALAYSIA harus pandai membawa diri serta tidak pernah melupakan segala bakti yang telah atuk nenek kita korbankan untuk kebahagian kita sekarang.
Mahukah kita melihat negara kita yang aman ini hancur dengan bedilan bom disana-sini serta pembunuhan berlaku dengan meluas dan menjadi pekara biasa. Sudah pastilah kita tidak mahu semua itu terjadi kepada keluarga, jiran atau sanak saudara kita.. Untuk itu, peradaban kita dalam menjalani kehidupan bermasyarakat berbilang kaum perlu dijaga dan kemuafakatan di antara kaum perlu dipertahankan demi menjamin keamanan negara. Keamanan negara adalah tanggungjawab bersama dan kitalah sebagai jenerasi muda untuk terus menerus berusaha untuk mengekalkan keaman tersebut.


Apabila huru-hara berlaku, pastinya bangunan-bangunan indah akan lenyap, segala gelak tawa juga akan tenggelan dengan suara tangisan, ibu akan kehilangan anaknya, suami akan kehilangan isterinya.. Mahu ke kita menempuh segala keperitan itu?? Jawapanya pastilah TIDAK..


Apabila menonton filem-filem atau rakaman mengenai Negara Palestine, saya sangat berasa sedih dan melihat pula mayat kanak-kanak yang bergelimpangan sana sini, terasalah sangat takut jika semua tu terjadi dinegara kita. Dan kalau boleh saya tidak mahu semua itu berlaku kerana terfikir dimana nanti letaknya anak saya yang kecil ini.. Sama-samalah kita berdoa agar ALLAH sentiasa melindungi negara ini dari di belenggu masalah kehuru-haraan.


wanita berbangsa israel juga turut kejam


sedih melihat kanak-kanak berlumuran darah